Alhamdulillah. Itulah ayat yang dapat diucapkan apabila selesai Majlis Perasmian Program Pendidikan Yakin Berani Tampil pada 27 Oktober 2013, Ahad semalam.
Majlis perasmian yang diadakan di Tabika KEMAS Seri Ros di Kampung Parit 2, Sungai Burung, Tanjung Karang itu bermula pada jam 9 pagi. Dengan ucapan bismillah, Program Pendidikan Yakin Berani Tampil telah dirasmikan oleh Puan Jamisah binti Abdul Rahman, Penyelia Kanan KEMAS, Parlimen Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor.
Majlis yang dimuatkan dengan Lagu kebangsaan, Negaraku dengan diikuti pula bacaan ikrar Rukun Negara telah membelah kesunyiaan kampung pada pagi itu. Dengan kehadiran yang menggalakkan dari masyarakat yang terdiri dari orang kampung, peserta-peserta YBT dan belia-belia menunjukkan semangat perpaduan kemasyarakatan yang hadir.
Semangat YBT telah ditonjolkan melalui bacaan Ikrar Rukun Negara oleh adik Raja Muhamad Umar yang telah membacakannya dengan kuat dan lantang.
Kehadiran VIP terdiri dari Puan Jamisah binti Abdul Rahman, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tanjung Karang, Tuan Haji Shapie bin Ahmad, Pengerusi JKKKP, En. Ahmad Fauzi dari Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia, Bahagian Negeri Selangor, En. Muzzakir dari Tim Pendidikan dan En. Osman bin Ramli, Pengerusi KEMAS Kampung Sungai Burung.
Dalam perkembangan lain, wakil Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia, Bahagian Negeri Selangor juga menyampaikan taklimat mengenai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).
Program yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu belia-belia yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran ke institusi yang lebih tinggi, boleh mengambil peluang untuk menyambung di NATC dengan segala pembiayaan ditaja oleh kerajaan sepenuhnya dan juga diberikan elaun sebanyak RM200 setiap bulan. Peserta hanya perlu menanggung kos insuran dan cukai setem sahaja.
Program Pendidikan Yakin Berani Tampil bagi sesi 2013 / 2014 ini akan bermula pada 3 November 2013 bagi peserta yang berusia dari 7 hingga 12 tahun di Tabika KEMAS Seri Ros, Kampung Parit 2, Sungai Burung dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.