Setelah bercuti selama sebulan, kini peserta Yakin Berani Tampil kembali menghadiri kelas YBT.
Pihak pengurusan YBT iaitu Tim Pendidikan akan lebih fokuskan kepada gerak kerja program akhir yang akan diadakan pada bulan November nanti. Pada kelas kali ini, peserta-peserta didedahkan dengan misi dan visi program akhir dengan lebih fokus. Peserta-peserta telah dibahagikan dengan beberapa bahagian persembahan yang merangkumi kepada pementasan teater, nyanyian, pengacaraan, membaca Al Quran dan lain-lain lagi. Memandangkan kelas dimulakan masih dalam suasana Aidilfitri, peserta-peserta membawa 'pot luck' Hari Raya untuk disambut dengan para pengajar YBT. |